Coretan Hati Di Malam Hari
Monday, June 20, 2011
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah 2 bulan lamanya, coretan hati tidak bertapak di sini.
Kerana sibuk mengejar duniawi, yang tiap saatnya tidak pernah berhenti.
Bersungguh mengetuk sisi kepala demi menggapai yang hakiki.
Tapi dalam alpa menaip di sini, ada lain yang bermain di hati.
Perkasakan hati memacu ukhrawi dibantu oleh kejayaan duniawi.
Mohon Allah membantu keinginanku ini.
Biar berteduh aku dibawah lembayung ciptaanNya, di Padang Masyar nanti.



